ayob si kaki pancing ikan

Ayob si kaki pancing

Aku ada seorang kawan, namanya Ayob, di suka memancing. Cakap ja kat mana ada lubok ikan, pasti dia akan pergi. tidak kira la malam ka siang ka pasti dia akan pergi punya. kalau lopak air kat tengah jalan ada makhluk bentuk macam ikan, pun dia akan pergi memancing. Si Ayob ni muda dari aku, kira aku ni senior la dari dia.
Nak dipanjangkan cerita, aku dengan ramahnya pergi la sembang sembang dengan Ayob. Setelah sekian lama menyembang dengan Ayob, dia pulak tanya aku
“hang ada awek tak?” dengan malu tersipu sipu ala ala macho aku menjawab “ huh ada”
Dia kemudian tanya lagi “awek hang orang mana?” aku pun menjawab sambil mengaru garu kepala “ orang aloq staq, awatnya?” aku malas nak go detail sangat awek aku tinggal kat mana.sekadar itu ja aku jawap. Kemudian si Ayob ni dengan pantas menjawap serta mukanya penuh keyakinan “budak pompuan aloq staq bukan bleh percaya sangat!!!”
Aku pun tersenyum dan menbalas kembali apakah rasionalnya kata katanya itu “hang kata macam tu sebab hang dah kena tipu dengan ex awek hang.. tak boleh la hang kata semua budak pompuan aloq staq tak bleh pakai…” lantas wajah awek aku terlintas di kepala hotak aku…aku percaya yang dia bukan macam ex awek si Ayob ni.. huh kerana nila setitik rosak susu satu belangga..setelah aku menerangkan dengan lebih detail kepada ayob tentang peribahasa tersebut..ayob pun diam tanpa seribu bahasa...diam tanda protest atau diam tandanya setuju??
awek ku......
Aku yakin dia tak akan mempermainkan kepercayaan aku dan cinta aku walaupun aku berada di sini dan dia ada di sana..
Aku amat berharap agar dia juga mencintai aku seperti aku mencintai dia…
Awek aku bukan insan yang di maksudkan oleh Ayob. Aku pasti dan yakin awek aku akan membuktikan statement si Ayob itu salah belaka..bukan semua perempuan tu sama. Dan bukan semua lelaki itu sama… makhluk tuhan spesis manusia adalah berbeza beza sikap dan perangai.
Aku berharap dia dapat menantiku…dan aku juga menanti dirinya..dia adalah milik aku dan aku adalah milik dia..
Ayob oh Ayob, sebab hang la aku makin sayangkan awek aku…hehehe thank you Ayob..